12/30/2009
Gus Dur kembali ke Rahmatullah

Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).
Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV.
Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.
Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.
Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.
-malaysiakini
12/25/2009
Saya Terpaksa Buka Tudung Untuk Cari Rezeki – Anne Ngasri

Anne Ngasri dalam satu kenyataan terbaru melalui mStar Online berkata, hati beliau sudah terbuka untuk bertudung seperti mana tuntutan Islam.
“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai”
Namun untuk projek terbaru beliau, Mayang Mengurai, beliau terpaksa membuka tudung atas tuntutan watak & dengan niat mencari rezeki.
Di’sebalik itu semua Anne Ngasri masih berharap yang satu hari nanti beliau akan mampu untuk bertudung penuh di’dalam atau luar drama.
Bukan Yang Kedua, Zizie Ezette Adalah Isteri Keempat!

Selepas teka-teki perkahwinan Zizie Ezette dengan Datuk Bung Moktar terungkai, kini ada satu lagi persoalan timbul di’fikiran para peminat.
Betulkah Zizie Ezette isteri kedua Bung Moktar? Kawan Cik Andalusia memberitahu yang Zizie Ezette sebenarnya adalah isteri keempat.
Begitu sekali Zizie Ezette sanggup di’madukan. Bukan seorang, malah berkongsi kasih suami dengan tiga wanita lain.
Entah apa yang di’janjikan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah kepada Zizie Ezette sehingga sanggup beliau menerima status isteri keempat.
Kami berharap keputusan yang Zizie Ezette buat hari ini bukan berdasarkan emosi & desakan hawa nafsu semata-mata. Kami hanya mampu doakan yang terbaik.
















